Sunday, April 19, 2009

UCAPAN BUAT ANAK KU YANG TERSAYANG


USIA perkahwinan mama kini mencecah 24 tahun bersama suami tersayang (i love you so much), apatah lagi selepas dikurniakan sepasang cahaya mata. Puteri sulung berusia 22 tahun manakala adiknya berusia 14 tahun (Happy Brithday to youuuuu) Dalam usia yang muda (18 tahun) mama sudah mendirikan rumahtangga. Perkahwinan yang cukup bahagia bagi mama....ayah seorang yang romantik, penyayang dan bertanggung jawab.....walaupun diusia yang muda itu mama lewat mendapat cahaya mata.....setelah hampir 2 tahun mama menunggu.... dan akhirnya

Pada 05 May 1986 mama positif......Sejak hari itulah ayah sering manjaga kandungan mama. Setiap hari dan nasihat doktor ayah tidak pernah lupa....mama rasa bertuah bila mendapat seorang suami yang begitu peka....hari berganti hari dan bulan berganti bulan masa yang di tunggu selama 09 bulan terlerai juga kahirnya.....??

Pada 03 Jan 1987 lahirlah puteri mama yang diberi nama NUUR AZFAREMMA (yang bermaksud cahaya kemenangan). Kehadiran kakak ketika itu menambahkan lagi kebahagian mama & ayah.Tetapi setelah mama habis pantang mama tidak boleh menjaga kakak...ketika itu kakak dibawah jagaan arwah atok & nenek.....Dengan hati yang berat mama terpakasa balik ke KL tanpa anak mama. Mama cekalkan hati kuatkan semangat apa yang mama buat adalah untuk anak mama. Mama akan balik ke kampung bila mama & ayah ada masa kelapangan... Sejak umur kakak 6 tahun kakak tinggal bersama mama & ayah sehinggalah sekarang......nasib baik nenek & atok tak melarang mama menggambil kakak duduk bersama di KUALA LUMPUR. Terlau banyak cabaran dan dugaan mama & ayah hadapi....kalau mama nak tulis disini tak tertulis rasanya....banyak cerita sedih, gembira, takut dan.....??? untuk dikongsi bersama sepanjang mama & ayah membesarkan kakak. Apa yang jelas disini mama & ayah terlalu sayangkan kakak kadang2 terlupa yang kakak akan melayari kehidupan sendiri...


Tanggal 13 Dec 2008 hari yang mama maksudkan hampir jua akhirnya kakak bertunag dengan pilihan kakak sendiri. Bagi mama siapa pilihan kakak mama restui kerna kakak yang akan menentukan kehidupan kakak. Siapa orang yang kakak akan dampingi untuk selama-lamanya kalau di izinkan allah.


Sallehuddin yang telah bertahta di hati sayangilah dia seperti mana kakak menyayangi mama, ayah & adik...hormatilah dia nanti apabila dia bergelar suami kakak.






























































































No comments:

Post a Comment