Sunday, June 13, 2010

HARI BERSEJARAH KELAHIRAN RAYYAN ZIKRY 05 APRIL 2010



2:30 pagi 05 April 2010 bersamaan hari Isnin hari yang baik dalam kelendar islam. ,Mama AYAN mula memberi tanda waktu kelahiran AYAN bermula dengan tumpah air bercampur darah. Dalam keadaan itu Granny mula merasa takut debaran jantung granny Allah sahaja yang tahu. Tapi mama AYAN ketika itu cukup tabah tiada lansung menunjukkan rasa sakit. Malah mama AYAN boleh melemparkan senyuman di waktu itu.

Ayah, granny, atok & pak cu menghantar mama AYAN ke Hospital Selayang sampai disana mama telah dimasukkan ke wad bersalin. Alhamdulillah mama dijaga oleh doctor perempuan dengan berkat doa yang mama pohon dari AYAN semasa di dalam kandungan mama. Ketika mama sampai AYAN sudah berada 5cm di pintu rahim mama........jangkaan doctor masa itu dalam pukul 5-6pagi AYAN akan melihat KEBESARAN DUNIA..........Apa yang mama AYAN beritahu granny dalam pukul 4:30 pg rasa sakit mula menghantui mama ketika itu.........????//

Rasa sakit yang tidak dapat diucapkan oleh seorang perempuan yang akan bergelar IBU..........Sewaktu kelahiran AYAN ayah sentiasa ada bersama mama. Memberi semangat kepada mama dimana ayah sendiri menyambut kelahiran AYAN......Tepat 06:05 minit pg AYAN selamat dilahirkan selepas waktu subuh. Doctor meletakkan AYAN dibadan mama buat pertama kali semasa itu mama menitiskan airmata gembira dengan kehadiran AYAN.....,,,,,Setelah itu AYAN dimandikan. Apabila AYAN sudah dimadikan nurse memberi AYAN kepada ayah untuk di azankan.

Granny disaat itu sungguh gembira dan sibuk menelefone atok selayang, atok pandan, pak cu dan saudara mara memberitahu kelahiran AYAN. Mereka semua amat gembira mendengar kelahiran AYAN.........

Ayah & mama sebulat suara memberi nama RAYYAN ZIKRY yang bermaksud

RAYYAN {Yang puas, memiliki budi perketi yang baik, berdisipilin dan sistemetik, berkeliber dalam kerjaya dan Cantik dari segi luar dan dalaman}

ZIKRY bermaksud { Ingatanku/ zikirku/ Kenanganku. Keyakinan diri yang tinggi. Bermotevasi dan pandai mendorong diri sendiri. Berkebolean dalam segala aspek. Berupaya merealissasikan cita2 dan impiannya.}


Bermula dengan sekecil tapak jari ini AYAN akam membesar. Dengan itu Granny harap AYAN akan menjadi seorang yang baik dan beriman. Apabila AYAN besar sentiasa memberi ucapan terimakasih kepada mama & ayah yang telah membesarkan AYAN. Tanpa mama & ayah AYAN tidak akan wujud di dunia yang fana ini, Oleh itu amanatkan lah nama RAYYAN ZIKRY seperti maksud yang sedia ada untuk pendoman hidup AYAN kelak......

Satu perkara RAYYAN kena ingat tarikh kelahiran AYAN unik bagi Granny. Mama nikah pada 05 June 2009..........Doctor sahkan mama mengandong pada 5 Ogos 2009 dan AYAN lahir pada 05 April 2010.........

No comments:

Post a Comment