Tuesday, July 7, 2009

MAMA SELALU BERSAMA ADIK




Pukul 9:30mlm anak lelaki aku buat homework......aku sebagai ibu duduk sambil meneman anak ku.....di waktu itu juga aku perhatikan cara anak ku belajar......banyak perkara yang aku nampak disitu.....bukannya mudah untuk mencapai impian.....sebagai ibu aku memberi dorongan dan dikala itu aku sempat menulis sedikit sajak untuk anak ku

ADIKLAH KESEMUANYA….,,,ADALAH BAGI MAMA
SEPERTI PERTEMUAN LANGIT DAN BUMI
ADIK DIHADAPAN,,,… DAN MAMA DIBELAKANG
SEPERTI SEBUAH KAREWAN
DALAM PERJALANAN HIDUP DI DUNIA INI
ADIKLAH TEMAH HATI MAMA DI DUNIA INI
ADIK LEBIH BESAR DARI MAMA
MAMA NAMPAK SEPERTI BUDAK KECIL
BILA SAAT MAMA SAKIT DAN DALAM KESUSAHAN
MAMA NAMPAK BAIK BILA BERDIRI SEBELAH ADIK
DUNIA INI LUPA YANG ADIK LAH TEMAN HIDUP MAMA







Monday, July 6, 2009

YOU ONLY MY SON


Semalam 06 July 2009 anak lelaki ku......mengusik ku sehingga aku mengalirkan air mata....aku tidak dapat menerima usikkan dia.....???? walaupun pada niatnya dia bergurau.....entah mengapa pada usia sebegini aku cepat terasa........lebih2 lagi bila anak perempuan ke sudah berkahwin pada 05 June 2009.....aku terasa sunyi.......,,,gurauan anak lelaki ku berbunyi....... nanti bila aboy dah masuk "U" aboy dah tak boleh gurau2 dengan mama......sebab aboy dah besar.....bagi ku dia besar atau tidak dia tetap anak lelaki ku yang satu......entah mengapa aku terlalu emosi,,,,sebak. Ya allah kuatkan semangat ku untuk menempuhi hari-hari yang bakal tiba.......... ku terima bahawa hakikatnya anak lelaki aku pun akan melalui kehidupan sendiri seperti kakak dia........

GAMBAR PENGANTIN ANAK PEREMPUAN KU


Gambar Nikah Pada 05 June 2009 Di Masjid Al Azim Pandan Indah: Saat mendengar ceramah dari Tok Imam

PERNIKAHAN ANAK PEREMPUAN TUNGGAL PADA 05 JUNE 2009


Pada 05 June 2009 bersamaan hari Jumaat tepat pukul 5:30ptg anak aku selamat dinikah oleh suami tercinta ku sendiri...........perasaan suka, duka......??? di ketika itu.....suasana menjadi sunyi waktu suami ku malafazkan perkataan"aku nikah kan di kau dengan anak perempuan ku" ternyata diketika itu ku lihat sendiri suami ku tidak tenteram.......apa yang terfikir didalam fikiran nya anak yang dijaganya selama ini akan di serahkan kepada seseorang...,,,yang akan bergelar suami kepada anak ku.....Alhamdulillah menantu ku sambut dengan sekali lafaz..........