Saturday, January 8, 2011


Waktu dan diri ku....

Hidup,,,... waktu mengatur aku. Harian hidup ku sebagai isteri....ibu...dan nenek,,,, ketika waktu menghampiri siang, aku mula melayari kehidupa harian. Segera ke sekolah menghantar anak lelaki ku dan sejurus ke selayang menjaga cucu tunggal ku Rayyan Zikry. Semua rutin tugas ku telah terpecahkan untuk hari itu. Memastikan semuanya berjalan lancar.....walaupun ada ketikanya masalah tetap terukir selagi aku masih bernyawa.
Namun, esok hari, akan berulang seperti sedia maklum tugas ku dilayari, semua aku tumpukan pada anak-anak suami dan cucu. Dalam aku cekal melayari kehidupan aku.......Perselisihan faham antara aku dengan suami tidak boleh dikecualikan,,,,, asam garam rumah tangga. Ah, betapa hebatnya waktu menyusun kehidupan aku dan waktu membangunkan aku.

Aku mengatur waktu, disamping aku mengatur fikiran, mengatur emosi, dan mengatur perasaan aku. Kerana waktu adalah lingkaran dimana kehidupan aku berjalan, aku atur waktu untuk mengatur kehidupan. Dan, semua itu aku rangkai dalam jalinan waktu. Maka, hargai waktulah yang terjerat dalam persoalan tiada berhujung. Waktu tidak berhujung hinggalah hari terakhir kita.

Waktu adalah sesuatu yang sangat berharga. Bila waktu telah hilang, sukar untuk diperoleh kembali. Tanpa waktu, adalah mustahil untuk memelihara dan mencapai suatu kejayaan. Dan ada masanya, hanya sedikit yang dapat dicapai seseorang. Oleh itu, aku pasti memilih apa yang mampu aku berikan pada kelaurga ku, dan janji apa yang termampu,,,,,,,,.....................

2 comments: