Tuesday, July 7, 2009

MAMA SELALU BERSAMA ADIK




Pukul 9:30mlm anak lelaki aku buat homework......aku sebagai ibu duduk sambil meneman anak ku.....di waktu itu juga aku perhatikan cara anak ku belajar......banyak perkara yang aku nampak disitu.....bukannya mudah untuk mencapai impian.....sebagai ibu aku memberi dorongan dan dikala itu aku sempat menulis sedikit sajak untuk anak ku

ADIKLAH KESEMUANYA….,,,ADALAH BAGI MAMA
SEPERTI PERTEMUAN LANGIT DAN BUMI
ADIK DIHADAPAN,,,… DAN MAMA DIBELAKANG
SEPERTI SEBUAH KAREWAN
DALAM PERJALANAN HIDUP DI DUNIA INI
ADIKLAH TEMAH HATI MAMA DI DUNIA INI
ADIK LEBIH BESAR DARI MAMA
MAMA NAMPAK SEPERTI BUDAK KECIL
BILA SAAT MAMA SAKIT DAN DALAM KESUSAHAN
MAMA NAMPAK BAIK BILA BERDIRI SEBELAH ADIK
DUNIA INI LUPA YANG ADIK LAH TEMAN HIDUP MAMA







Monday, July 6, 2009

YOU ONLY MY SON


Semalam 06 July 2009 anak lelaki ku......mengusik ku sehingga aku mengalirkan air mata....aku tidak dapat menerima usikkan dia.....???? walaupun pada niatnya dia bergurau.....entah mengapa pada usia sebegini aku cepat terasa........lebih2 lagi bila anak perempuan ke sudah berkahwin pada 05 June 2009.....aku terasa sunyi.......,,,gurauan anak lelaki ku berbunyi....... nanti bila aboy dah masuk "U" aboy dah tak boleh gurau2 dengan mama......sebab aboy dah besar.....bagi ku dia besar atau tidak dia tetap anak lelaki ku yang satu......entah mengapa aku terlalu emosi,,,,sebak. Ya allah kuatkan semangat ku untuk menempuhi hari-hari yang bakal tiba.......... ku terima bahawa hakikatnya anak lelaki aku pun akan melalui kehidupan sendiri seperti kakak dia........

GAMBAR PENGANTIN ANAK PEREMPUAN KU


Gambar Nikah Pada 05 June 2009 Di Masjid Al Azim Pandan Indah: Saat mendengar ceramah dari Tok Imam

PERNIKAHAN ANAK PEREMPUAN TUNGGAL PADA 05 JUNE 2009


Pada 05 June 2009 bersamaan hari Jumaat tepat pukul 5:30ptg anak aku selamat dinikah oleh suami tercinta ku sendiri...........perasaan suka, duka......??? di ketika itu.....suasana menjadi sunyi waktu suami ku malafazkan perkataan"aku nikah kan di kau dengan anak perempuan ku" ternyata diketika itu ku lihat sendiri suami ku tidak tenteram.......apa yang terfikir didalam fikiran nya anak yang dijaganya selama ini akan di serahkan kepada seseorang...,,,yang akan bergelar suami kepada anak ku.....Alhamdulillah menantu ku sambut dengan sekali lafaz..........

Sunday, April 19, 2009

UCAPAN BUAT ANAK KU YANG TERSAYANG


USIA perkahwinan mama kini mencecah 24 tahun bersama suami tersayang (i love you so much), apatah lagi selepas dikurniakan sepasang cahaya mata. Puteri sulung berusia 22 tahun manakala adiknya berusia 14 tahun (Happy Brithday to youuuuu) Dalam usia yang muda (18 tahun) mama sudah mendirikan rumahtangga. Perkahwinan yang cukup bahagia bagi mama....ayah seorang yang romantik, penyayang dan bertanggung jawab.....walaupun diusia yang muda itu mama lewat mendapat cahaya mata.....setelah hampir 2 tahun mama menunggu.... dan akhirnya

Pada 05 May 1986 mama positif......Sejak hari itulah ayah sering manjaga kandungan mama. Setiap hari dan nasihat doktor ayah tidak pernah lupa....mama rasa bertuah bila mendapat seorang suami yang begitu peka....hari berganti hari dan bulan berganti bulan masa yang di tunggu selama 09 bulan terlerai juga kahirnya.....??

Pada 03 Jan 1987 lahirlah puteri mama yang diberi nama NUUR AZFAREMMA (yang bermaksud cahaya kemenangan). Kehadiran kakak ketika itu menambahkan lagi kebahagian mama & ayah.Tetapi setelah mama habis pantang mama tidak boleh menjaga kakak...ketika itu kakak dibawah jagaan arwah atok & nenek.....Dengan hati yang berat mama terpakasa balik ke KL tanpa anak mama. Mama cekalkan hati kuatkan semangat apa yang mama buat adalah untuk anak mama. Mama akan balik ke kampung bila mama & ayah ada masa kelapangan... Sejak umur kakak 6 tahun kakak tinggal bersama mama & ayah sehinggalah sekarang......nasib baik nenek & atok tak melarang mama menggambil kakak duduk bersama di KUALA LUMPUR. Terlau banyak cabaran dan dugaan mama & ayah hadapi....kalau mama nak tulis disini tak tertulis rasanya....banyak cerita sedih, gembira, takut dan.....??? untuk dikongsi bersama sepanjang mama & ayah membesarkan kakak. Apa yang jelas disini mama & ayah terlalu sayangkan kakak kadang2 terlupa yang kakak akan melayari kehidupan sendiri...


Tanggal 13 Dec 2008 hari yang mama maksudkan hampir jua akhirnya kakak bertunag dengan pilihan kakak sendiri. Bagi mama siapa pilihan kakak mama restui kerna kakak yang akan menentukan kehidupan kakak. Siapa orang yang kakak akan dampingi untuk selama-lamanya kalau di izinkan allah.


Sallehuddin yang telah bertahta di hati sayangilah dia seperti mana kakak menyayangi mama, ayah & adik...hormatilah dia nanti apabila dia bergelar suami kakak.






























































































HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!

Diwaktu ini pukul 11:15 mlm aku tak sabar menuggu pukul 12:00 kerna my hero aku akan menyambut harijadi yang ke 14 th...Diam tak diam anak lelaki ku sudah meningkat ke alam remaja....perasaan suka, sedih, takut dan bermacam2 bermain difikiran ku......barulah aku sedar ketika ini hati seorang ibu mula merasa gusar untk mengharungi perjalanan hidup bersama anak lelaki......Kerana dialah satu2nya anak lelaki tunggal aku.....apa yang istimewa hari ini my hero akulah yang buatkan blog utk aku.....setiap kisah dan perjalanan aku bersama anak2 akan ku abadikan didalam blong ini...

Apa yang mama harapkan dari adik sempena umur yang ke 14th ini teruskan belajar dan belajar untuk persediaan PMR tahun hadapan. Bagi mama kalau adik berjaya memperolehi apa yang adik target dari sekarang itu sudah bermakna dalam hidup seorang yang bergelar ibu....

For my puteri tinggal 46 hari akan mengakhiri zaman remajanya.....aku kena terima hakikat itu sebanyak mana aku curahkan kasih sayang pada anak2 ku ianya akan .......??????