Monday, May 2, 2011

Mama love ADIK


Betapa segaknya anak mama......hensome macam ayah....mama bangga dengan adik....kadang2 mama sedih bila mama tidak dapat tunaikan apa permintaan adik...bukan segaja..tapi adik faham (mengapa dan kenapa) jauh disudut hati mama ini....setiap apa permintaan adik mama nak belikan....Mama berjanji pada adik insyaallah kalau diizinkan allah akan mama tunaikan.

Dari UPSR dan PMR....adik tidak pernah mengecewakan mama dengan result yang adik perolehi.....amat membanggakan mama dan ayah. Terutama ayah apa yang adik perolehi lagi membuatkan ayah semangat dan kuat bekerja untuk adik. Tak kira waktu jarang cuti dan mc demi untuk pelajaran adik akan datang. Berazam mencari duit untuk pelajaran adik. Mengharap adik akan memasuki universiti....tak kira apa jua bidang yang adik ambik....mama dan ayah akan memberi sokongan dari belakang...

Masa begitu pantas.....mengejar hari tua kita semua.....tak tahu berapa lama mama dan ayah akan berada di dunia ini.....harap2 mama dan ayah dapat melihat kejayaan adik satu hari nanti...andai kata tak sempat.....berbudilah pada masyarakat yang memerlukan. Jaga lah kakak adik dan anak2nya.

Hanya luahan mama diwaktu mama keseorangan....