Tuesday, June 15, 2010

Untuk renungan anak-anak bila membaca......

Terdetik dihati mama.......angan mama......mimpi mama........kenangan mama...........mahu mama........impinan mama...........kemana semuanya itu bila mama dijamah usia.......Fikiran mama tiba-tiba ingin mencoretkan sesuatu sebelum dimamah bumi. Adakah semua impian mama akan terkubur selamanya. Selagi mama bernafas selagi itu lah mama akan meneruskan impian mama. Akan mama tanggung semua resiko.....pahit derita mama rempuh...,,,,pengorbanan bersembunyi disebalik rasa pilu bila anak-anak mencecah dewasa.

Semakin hampir mama ke pada esok mampu kah mama untuk bertahan,,,???Pada anak-anak yamg telah memberikan mama kenangan....,,,suka dan duka. Mama tetap seperti ini.....? tegar hadapi segalanya........tak seperti dulu lagi......selamanya..,,, Tidak semua orang mencapai kekuatan demikian ketabahan yang unik, mempesonakan. Bila mama mencoretkan disini ianya boleh mengawal ombak emosi mama.

Dari baby mama tatang....mama belai tidak lupa mama memberi nasihat kepada anak-anak mama supaya tidak lalai. Mama yang membesarkan memberi makan, pakaian memenuhi setiap kehendak anak-anak mama. Mama tidak pernah mengenal erti jemu........walaupun kadang-kadang menghiris hati mama.....Nmun mama terus bangun dan merangkak menuju kedewasaan itu,,,,,...menutup hati yang sedu pada tangis yang tiada penghujungnya sehingga tagis itu akan terus mengalir mencari muara pada kesampaian yang tiada pernah ada tepinya.....

Yang ada di dalam diri mama ini cuma ada sekeping hati yang pernah mengharap kini telah mama isi dengan satu keindahan,,,,,Kepada anak-anak mama yang pandai......yang cerdik.....yang pintar....dan yang bijaksana jangan sekali-kali bergelut pada kejahilan berpeluk pada kemungkaran dan berkiblatkan kezaliman,,,...bermahkotakan diri dengan kebaikan.....demi nama dan keluarga...

Mama bersyukur kepada Maha Esa kerana mententeramkan jiwa mama. Bertuah jua mama dapat mengecapi kebahagian bersama Ayah. Penat lelah kasih sejati menyayangi mama tanpa mengira masa agar mama menjadi harapan pada anak-anak.....harga diri manusia adalah maruahnya pada maruahlah keindahan seseorang itu. Kerana itu jaga lah maruah diri jangan sekali-kali anak-anak mama cemarkan maruah diri....Adik tika diri mu menginjak remaja adik akan tenggelam dilautan ilmu.Oleh itu berusaha jangan pernah ada rasa jemu untuk mengejar cita-cita adik....??? Biar pun payah namun harganya tidak terbanding dengan harapan mama untuk melihat adik megah di puncak...

Tiba-tiba hati mama sayuuuuuuu......Jejak kehidupan mencengkam kefahaman pengertian ketelitian setiap pemikiran. Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa..........????????? Kita semua dilahirkan didunia oleh seorang ibu sejauh manakah pengorbanan anak terhadap ibu.......Mencari sinar hidup bukan mudah bagai disangka........Kini mama tahu keriuhan bila terbahak-bahak,,,.....kesunyian bila terisak-isak











2 comments:

  1. kakak sayangkan mama walau terkadang mama terguris dengan tindak tanduk .. it doesnt mean i dont care bout u ...
    kakak sayang ...tapi mungkin kakak tak pandai nak tunjukkan ....

    ReplyDelete
  2. Kehidupa ini terlalu unik.....kalau kita pandai menghargainya.....kita akan bahagia.....sebelum kita buat sesuatu fikir dahulu.....sebab bila kita berfikirlah.....akan mendapat kebahagian dimana jua kita berada....

    ReplyDelete